Perbezaan yang utama
Pendirian Agama Kristian mengakui bahawa Yesus telah disalibkan, dibunuh, dan dikuburkan di persisran bandar Jerusalem setelah hidup selama tiga puluh tiga tahun lamanya pada bumi ini. Orang Kristian percaya akan wujudnya bukti, menurut sejarah serta menurut Kitab Injil tentang kejadian penyaliban, dan menganggap bahawa kejadian ini amat penting dari aspek teologi dengan membolehkan penebusan dosabagi semua yang percaya akan kejadian tersebut.
Adakah perkara ini penting?Umat Islam mempertikaikan fakta penyaliban Yesus, dengan bantahan bahawa Allah tidak mungkin membenarkan nabi-Nya dihina dengan kematian sedemikian. Umat Islam percaya bahawa Yesus diangkat ke syurga secara mukjizat dan orang lain (mungkin Yudas Iskariot )mengambil alih tempatnya pada salib , tanpa diketahui orang ramai.
Kebenaran sejarah penyaliban Yesus merupakan sesuatu doktrin yang penting dalam Agama Kristian. Tanpa kejadian penyaliban kebangkitan Kristus tidak relevan lagi, dan tanpa kebangkitan Kristus Agama Kristian tidak bermakna lagi, dalam katalain I Korintus 15:14 "Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka berita yang kami khabarkan dan kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka."
Adakah Al-Quran benar-benar menafikan penyaliban Kristus?
Mungkinkah masalah ini cuma salah faham? Surah 4:157-158 mengatakan: "Maka mereka bercakap besar, mengatakan, 'Kami telah membunuh Yesus Kristus anak Maria, Rasul Allah'—tetapi mereka tidak membunuhnya atau menyalibkannya, namun seperti inilah yang dianggap oleh mereka, dan sesiapa yang mempertikaikan perkara ini penuh ragu-ragu, tanpa pengetahuan yang nyata, tetapi hanya mengikut pendapat sahaja, kerana merupakan satu kepastian bahawa mereka tidak membunhnya—tidak, Allah membangkitkannya kepada diri-Nya." Jikalau “mereka” bermaksud pihak Yahudi (sesuatu yang agak ketara), maka Al-Quran benar dalam mengatakan bahawa orang Yahudi bukanlah pihak yang menyalibkan Yesus (rujuklah kepada Yohanes 18:31 )-- sebenarnya orang Rom yang melakukannya. Mungkinkah punca konflik ini sebenarnya akibat pentafsiran Al-Quran yang kurang tepat?
Mengapakah Yesus, sebagai Rasul Allah selalu meramalkan penyalibannya?
Matius 17:22-23 mengatakan "Apabila semua pengikut Yesus bekumpul di Galilea , Yesus berkata kepada mereka, 'Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.' Oleh itu pengikut-pengikut-Nya berdukacita." Pertimbangkan juga Markus 9:31 ; Lukas 9:22 ; Yohanes 12:32-33 . Yesus berulang-ulang kali menitikberatkan perkara ini. Mengapa?
Bukankah Al-Quran dan Kitab Injil bersependapat tentang kematian Yesus?
Surah 3:54 mengatakan: "Apabila Allah berkata: 'O Yesus, Aku akan menyebabkanmu mati dan meninggikanmu dalam kuasa-Ku serta menghapuskan semua yang masih sangsi…" Ini bersetuju dengan Filipi 2:8-10 yang mengatakan: "Dia (Yesus)merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati- iaitu mati di atas salib. Itulah sebabnya Allah meninggikannya setinggi-tingginya dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia.
Sanggupkah Allah sengaja mengabui mata seluruh dunia?
Adalah bercanggah dengan doktrin Islam tentang pekerti Allah untuk menegaskan bahawa Allah sama ada memerlukan atau berhasrat menggunakan tipu muslihat secara besar-besaran untuk menyelamatkan Isa (Yesus).
http://christiananswers.net/indonesian/q-aiia/islam-cross-i.html
|
Minggu, 13 Januari 2013
Apakah yang diajar oleh Islam tentang penyaliban Isa (Yesus)?
Label:
Religi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar